1400 Tahun yang lalu.

Lebih kurang 1400 tahun dahulu, sewaktu dunia sedang tengelam dalam kegelapan kekufuran, kesesatan dan kejahilan, telah zahir sinar hidayat dan petunjuk dari bukit-bukit gersang Batha (di-Kota Mekkah) lalu menyinari timur dan barat, utara dan selatan. Pendek kata  seluruh penjuru dunia telah disinari dengan cahayanya. Dalam tempoh yang sengkat ~23 tahun~ kelompok manusia telah dibawa ke suatu puncak kemajuan sehinga sejarah dunia tidak mampu untuk mendatangkan contoh seumpamanya.

Ditangan orang Islam (pada zaman itu) telah diberikan cahaya petunjuk dan hidayah serta kebaikan dan kejayaan. Dengan sinar cahaya ini mereka sentiasa bergerak laju dilandasan kemajuan dan berkurun-kurun lamanya mereka dapat memerintah dunia dengan gilang gemilang sehingga setiap kekuatan yang cuba menentang terpaksa menerima kehancuran. Perkara ini ialah satu hakikat yang tidak munkin dapat disangkal tetapi kemudiannya kegemilangan ini menjadi tingalan sejarah silam. Sekiranya kisah-kisak sejarah tersebut diulang berkali-kali pon, ia masih tidak dapat menenangkan jiwa sedikit pun  dan tidak ada gunanya serta tidak berfaedah kerana peristiwa-peristiwa dan perkara –perkara yang dapat disaksikan dimasa ini sendiri telah menconteng arang kepada kehidupan orang Islam dan merosakkan usaha-usaha cemerlang para salafus solihin yang lalu.

Apabila kita lihat kembali lembaran-lembaran sejarah kehidupan orang Islam selama 1400 tahun yang lalu maka dapat diketahui bahawa orang Islam adalah pemilik tumgal kemulian, keagungan, kegemilingan, kebesaran dan kehebatan. Walau bagimanapun apabila kita mengalihkan pandangan daripada lembaran-lembaran tersebut dan cuba memperhatikan keadaan orang Islam dimasa ini maka kita akan nampak bahawa kita berada dalam keadaan yang sangat hina, lemah dan dan tidak mengetahui apa-apa, tanpa kekuatan dan kehebatan, tanpa harta dan benda, tanpa ketinggian dan kemuliaan, tiada lagi perasaan persaudaraan dan kemesraan. Perangai dan budi perkerti kita tidak baik, akhlak tidak baik, amal-amal pun tidak baik, malah perwatakan pun lagi tidak baik. Segala keburukan wujud pada kita, dan diri kita tersangat jauh daripada segala kebaikkan.

Orang asing (bukan Islam) bergembira melihat kita dalam keadaan segala lemah ini. Mereka menghebohkan segala kelemahan kita malah mentertawakan kita. Keadaan ini tidak terhenti setakat itu sahaja. Pemuda dan pemudi kita yang kita sayangi yang tergilakan budaya moden telah mempersendakan prinsip agama kita yang suci. Mereka mengkritik setiap amalan agama sehinga mereka berkata bahawa syariat yang suci itu tidak lagi sesuai untuk diamalkan. Syariat-syariat itu adalah sia sia dan tidak berguna lagi pada pandangan mereka.

Sunguh menghairankan satu kaum yang dahulunya telah menyirami dunia mengapa pada hari ini mereka sendiri kedahagaan?. Kaum yang dahulunya pernah mengajar dunia dengan tamadun dan peraturan hidup, mengapa pada hari ini mereka sendiri hiduo tanpa tamadun dan peraturan?. Pemimpin-pemimpin dikalangan umat telah memikirkan keadaan yang lemah ini sejak dahulu lagi dan telah mengusahakan berbagai cara untuk memperbaikkinya tetapi sebagai mana saorang pujangga berkata; semakin diubati penyakit semakin bertambah.

Dimasa ini apabila keadaan telah bertukar daripada buruk kepada bertambah buruk dan masa-masa yang mendatang kelihatan lebih bahaya dan lebih gelap dari masa yang telah lalu maka keadaan kita yang berdiam diri dan tidak melakukan sebarang usaha secara amali menjadi satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan. Walau bagimanapun, sebelum kita mulakan sebarang tindakan adalah penting untuk kita merenung  perkara yang telah menjadi sebab musabab sehingga kita telah ditimpa azab kehinaan dan kemunduran ini. Berbagai perkara telah dinyatakan sebagai punca kejatuhan dan kemunduran kita. Walaupun berbagai cara telah diikhtiarkan untuk mengatasi punca tersebut tetapi setiap rancangan nampaknya tidak sesuai dan menemui kegagalan. Hal ini telah menyebabkan pemimpin-pemimpin kita berasa kecewa dan putus asa.

Hakikat sebenarnya ialah sehinga kehari ini penyakit ini belum dikenal pasti (diagnose) secara sempurna. Banyak perkara yang dinyatakan sebagai punca kejatuhan kita bukanlah perkara yang sebenar tetapi hanyalah gejala sampingan. Selagi tumpuan tidak diberi kepada penyakit yang sebenarnya dan rawatan dibuat untuk mengubatinya maka pemulihan tidak akan dapat dilakukan dengan berkesan.

Kita percaya bahawa syariat kita ialah undang-undang Allah SWT. yang sempurna yang menjamin kejayaan dunia dan akhirat. Oleh itu kita perlu mengenal pasti penyakit itu berpandukan Al Quranul Karim dan mehgetahui cara rawatan dari sumber petunjuk dan hidayah yang sama.

Allah SWT. berjanji dalam surah AnNur ayat 55;

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ ڪَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ

“Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh dikalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan dibumi, sebagimana Dia telah menjadikan orang orang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa.. “

Allah SWT. juga berjanji  bahawa orang mukmin akan sentiasa menguasi orang kafir saperti tersebut dalam ayat al-Fath ayat 22;

وَلَوۡ قَـٰتَلَكُمُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لَوَلَّوُاْ ٱلۡأَدۡبَـٰرَ ثُمَّ لَا يَجِدُونَ وَلِيًّ۬ا وَلَا نَصِيرً۬ا

“Dan sekiranya orang kafir memerangi kamu tentulah mereka akan berpaling melarikan diri dengan kekalahan, kemudian mereka tidak akan beroleh sesiapa pun yang menjadi pelindung atau pemberi pertolongan..”

(akan disambung. Inshaa Allah.)

Comments

Popular posts from this blog